Hackers Malaysia Official
Hackers Malaysia Official
May 16, 2025 at 10:49 AM
“Scan QR je terus kena hack? Biar betul.” Betul. Benda sekecil QR Code pun boleh jadi perangkap. Sekarang ni scammer guna teknik yang dipanggil “QR Code Phishing” (atau Quishing). Scammer buat QR palsu, tampal kat tempat awam — dan kita pun biasanya akan scan tanpa fikir panjang. Contoh real-life yang tengah berlaku sekarang: Dapat “saman parking” palsu kat cermin kereta — siap ada QR untuk “semak atau bayar saman” Ada QR tampal kat papan notis surau: “Scan untuk mohon bantuan zakat” Kadang dekat kedai — “Scan sini untuk dapatkan diskaun 30%” Dekat lampu isyarat / signboard: “Scan untuk buat aduan jalan rosak” (padahal link tu scam) Lepas korang scan: Terus terbuka satu website palsu (tapi rupa macam Bank / eWallet) Diminta isi nombor IC, OTP, atau info perbankan dengan ayat yang menyakinkan Atau terus ter download script malware ke dalam phone Ada juga yang automatik bawa korang masuk group scam dekat WhatsApp/Telegram Sebab tu QR Code ni makin disukai scammer — orang boleh scan tanpa ragu. Nak elak dari kena: 1. Jangan scan QR kat tempat awam yang nampak pelik atau tampal baru 2. Elakkan QR yang tampal atas stiker lama (kemungkinan palsu) 3. Guna QR scanner app yang tunjuk URL dulu, bukan terus buka link 4. Kalau betul-betul penting, taip je URL sendiri atau cari info kat website rasmi 5. Jangan isi sebarang maklumat lepas korang scan Sekarang ni, QR bukan sekadar code — dia boleh jadi pintu masuk untuk korang kena scam. #qrscam #quishing #cybersecurityuntukorangawam #hackersmalaysiacommunity https://www.facebook.com/share/p/16YPJzqo13/
👍 3

Comments