
Hackers Malaysia Official
May 21, 2025 at 12:54 PM
“Kami dari LHDN. Anda ada tunggakan cukai. Kes anda akan dibawa ke mahkamah.”
Macam biasa, mesej ni datang melalui SMS, WhatsApp, Call atau melalui email.
Nampak macam rasmi dan menakutkan
→ Siap ada logo agensi kerajaan macam LHDN, Bank Negara, KWSP, PDRM, SPRM, Mahkamah Malaysia
→ Guna bahasa formal dan urgent
→ Siap dengan ‘nombor kes’, ‘nama pegawai penyiasat’, dan notis undang-undang palsu
Tapi sebenarnya — ini semua teknik scam menyamar jadi agensi rasmi.
Apa scammer ni buat?
Hantar mesej kononnya korang ada kes tertunggak, saman, atau waran tangkap
Bagi link ke website palsu yang rupa dia hampir sama dengan website rasmi kerajaan
Suruh isi maklumat peribadi — atau lagi teruk, suruh transfer duit untuk "selesaikan kes"
Contoh ayat biasa yang mereka guna:
“Akaun anda didapati telah digunakan untuk pengubahan wang haram. Sila hubungi Mahkamah Kuala Lumpur dengan kadar segera.”
“Saman tertunggak dari LHDN. Jika tidak diselesaikan, waran tangkap akan dikeluarkan.”
“Permohonan KWSP i-Citra anda lulus, sila kemas kini nombor akaun bank sekarang.”
“Kes jenayah dibuka atas nama anda. Hubungi pegawai penyiasat PDRM segera di nombor XXX.”
Realitinya
Mahkamah tak guna WhatsApp untuk hantar notis
Polis, LHDN, Bank Negara, dan agensi lain tak minta OTP, nombor akaun, atau password
Tiada kes rasmi akan diselesaikan melalui Telegram atau panggilan biasa — semua guna prosedur rasmi
Tips untuk elak kena
1. Jangan panik bila dengar nama-nama besar macam Mahkamah, SPRM atau PDRM
2. Jangan klik link yang dihantar melalui mesej atau email — taip sendiri nama website tu
3. Semak nombor telefon dengan website rasmi agensi
4. Kalau tak pasti, pergi ke balai polis atau pejabat agensi terus — jangan layan call
Sekarang ni, scammer bukan setakat menyamar jadi kawan. Dia menyamar jadi mahkamah pulak. Jom share.
Nota - Kalau suka dengan perkongsian kami, tolong tinggalkan rating positif dekat page ni. Thanks.
https://www.facebook.com/share/p/1Bz2vhPts9/
#scammermenyamar #mahkamahpalsu #lhdnscam #banknegarascam #kwspscam #hackersmalaysia
👍
6