
Hackers Malaysia Official
May 23, 2025 at 03:09 PM
“Labur RM300, dapat RM3,000 dalam seminggu. Sah ke tu? Sah… memang menipu.”
Scam pelaburan memang dah menjadi-jadi sejak dulu sampai lah sekarang.
Selagi wujud orang yang tamak dalam dunia ni, selagi tu lah wujud pelaburan skim cepat kaya.
→ Ada yang menyamar sebagai syarikat yang sah (ASNB, Maybank, Petronas, Tabung Haji)
→ Ada yang guna testimoni ‘duit masuk’, ‘duit pusing harian’, siap tunjuk screenshot.
→ Ada yang siap dengan agen personal untuk follow up, ajak masuk group “exclusive investor”
Semua ni bukan cara pelaburan yang sebenar. Cara dia jalankan scam pelaburan ni biasanya..
1. Dia akan minta modal pelaburan sikit sikit dulu – RM100, RM300, RM500
2. Lepas beberapa hari, dia akan bagi screenshot korang dah ‘untung’ RM3K, RM5K
3. Tapi nak keluarkan duit tu, korang kena bayar “cukai”, “yuran transaksi”, “payment gateway” - Dan jumlah nya bukan kecik. Memandangkan korang akan dapat duit dalam jumlah yang besar, apa salahnya korang bayar duit processing ni.
4. Lepas korang bayar lagi dalam jumlah yang besar… Scammer akan diamkan diri. No terus kena Blocked. Lesap dengan segala simpanan korang.
Dia buat pelaburan ni nampak meyakinkan
Dia sediakan website palsu (siap ada e wallet) untuk korang login.
Dia guna identiti palsu dengan guna (kad staf bank, sijil Suruhanjaya Syarikat palsu)
Dan dia pakai pulak gambar artis atau influencer untuk promote bisnes pelaburan dia
Ni yang buat korang yakin..
Tapi realitinya
ASNB, Tabung Haji, bank tak akan suruh korang buat pelaburan melalui WhatsApp dan Telegram.
Untung besar dalam masa singkat memang tak logik langsung & memang confirm itu bukan pelaburan yang sebenar
Pelaburan yang sebenar biasanya akan ada risiko. Mesti ada turun dan naik.
Kalau dijanjikan “confirm untung” — itu dah red flag sebenarnya.
Kalau ada yang promote bisnes pelaburan, make sure korang -
1. Semak dulu dengan SC (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) guna portal https://www.sc.com.my/investment-checker
2. Jangan labur duit dengan mana-mana individu melalui WhatsApp / Telegram / TikTok / Facebook
3. Kalau kena push suruh masuk cepat tu — maknanya dia memang nak scam la tu. Terdesak nak pakai duit
4. Tunjuk pada mak ayah / adik-beradik / kawan kawan dulu sebelum korang nak join apa-apa “pelaburan pantas”
Ingat — pelaburan sebenar takkan janjikan bulan & bintang. Pelaburan scam je yang janjikan bulan dan planet pluto.
#scampelaburan #investsmart #duitlesap #awarenesspelaburan #hackersmalaysia
https://www.facebook.com/share/p/1Bn9wg6azX/
👍
2