Hackers Malaysia Official
Hackers Malaysia Official
May 29, 2025 at 10:20 AM
"Raya Haji ni bukan je musim korban… tapi ramai jugak yang TERKORBAN data & duit sebab lalai." Setiap kali masuk musim raya — sama ada Aidilfitri atau Aidiladha — mesti ada scammer yang akan ambil peluang. Sebelum ni banyak je kes 🔻 Akaun palsu kutipan korban online 🔻 Website tawaran pakej badal haji murah 🔻 QR code palsu untuk derma masjid 🔻 WhatsApp mengaku wakil NGO atau surau 🔻 Iklan korban dengan harga yang tak masuk akal kat FB & TikTok Shop Niat korang dah baik nak buat ibadah, tapi scammer lagi laju “beribadah” mencuri data & duit. — Tips mudah musim Raya Haji ni: ✅ Kalau nak join korban online — semak betul-betul syarikat tu wujud ke tak (Google, SSM, FB page review) ✅ Jangan klik link dari mesej yang meragukan, especially bila dia ajak buat bayaran segera ✅ Hati-hati dengan QR code — walaupun atas kertas derma, boleh je direka untuk cilok duit ✅ Tengok URL betul-betul sebelum bayar. Banyak page cloning nampak sama, tapi bukan official ✅ Aktifkan 2FA kat online banking, e-wallet & akaun penting — "Jangan sampai korang nak buat korban lembu.. Tapi duit & maklumat korang yang jadi korban sebenar." #cyberraya #rayahajiselamat #janganjadimangsa #scammermusimibadah #hackersmalaysia https://www.facebook.com/share/p/1GJHGavQpj/

Comments