
1 TITIK POSITIF 1 HARI
May 12, 2025 at 03:38 PM
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TP 2689
TITIK POSITIF HARI 132 2025M
12 Mei 2025M
TITIK POSITIF HARI 309 1446H
14 Zulkaedah 1446H
Isnin
Tidak salah kalau kita buat satu kesalahan kecil yang boleh membuka mata organisasi. Mungkin ia mampu menggerakkan organisasi. Atau mungkin boleh mengurangkan keegoan atau melestarikan rasa rendah diri.
Tidak salah kalau kita jadi orang yang terakhir bagi satu-satu tindakan dalam organisasi. Mungkin ia boleh memecah suasana dan gerak kerja organisasi.
Itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Apa yang penting ialah kita belajar, bangkit, dan terus maju. Dalam pengurusan, ada ketika kita perlu makro-manage dengan memberi ruang dan kepercayaan. Pada ketika lain, kita guna pendekatan micro-manage untuk memberi tunjuk ajar dan kawalan. Keseimbangan itulah yang akan membina pasukan yang cekap dan berkembang.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

👍
1