Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
May 31, 2025 at 05:57 PM
π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—žπ—”π—¦π—œ π—–π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—‘π—š, π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—§π—˜π—₯π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š - π—œπ—‘π—œπ—¦π—œπ—”π—§π—œπ—™ 𝗭𝗒𝗑 𝗠𝗔π—₯π—œπ—§π—œπ—  π— π—œπ—₯π—œ . π— π—œπ—₯π—œ, 𝟭 π—π˜‚π—» – Komitmen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memperkasa kecekapan komunikasi operasi terus diperkukuh melalui penganjuran Kursus Kemahiran Komunikasi Operasi oleh Zon Maritim Miri yang berlangsung selama tiga hari pada 6 hingga 8 Mei lalu. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 60 pegawai dan anggota dari Zon Maritim Miri serta 10 wakil dari Zon Maritim Bintulu, dengan objektif meningkatkan kecekapan dalam pengurusan komunikasi semasa pelaksanaan operasi maritim, selari dengan kehendak dan piawaian semasa agensi. #maritimmalaysia . Baca laporan selengkapnya melalui pautan : https://www.facebook.com/share/p/19DBdvgBBu/

Comments