Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
June 4, 2025 at 08:37 AM
𝗒𝗣 π—§π—¨π—”π—œ π—Ÿπ—”π—¨π—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” π—žπ—”π—”π— π—”π—§π—”π—‘ . π—žπ—’π—§π—” π—žπ—œπ—‘π—”π—•π—”π—Ÿπ—¨, 𝟰 π—π˜‚π—» – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh sinergi strategik bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menerusi pelaksanaan OP TUAI LAUT, operasi penguatkuasaan maritim bersepadu sempena sambutan Pesta Kaamatan. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Malaysia, Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz, berkata, operasi yang bermula pada 28 Mei dan berakhir pada 2 Jun lalu merupakan kerjasama tahun ketiga antara kedua-dua perkhidmatan, dan dilihat sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang di perairan Sabah dan Labuan sentiasa dipantau ketat, khususnya ketika peningkatan pergerakan pelancong dan penumpang semasa musim perayaan. #maritimmalaysia . Baca laporan lengkap melalui pautan : https://www.facebook.com/share/p/1FhHZL6AmQ/

Comments