Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
June 6, 2025 at 02:46 AM
๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ . Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) disambut pada 6 Jun pada setiap tahun. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan keselamatan di laut serta memperkukuh budaya keselamatan maritim dalam kalangan komuniti maritim dan masyarakat. Pada tahun ini, tema yang diangkat sekali lagi adalah 'Berapung Untuk Hidup' memberi penekanan kepada kepentingan teknik berapung sebagai langkah penyelamatan diri yang kritikal ketika menghadapi kecemasan di laut. Pemilihan tema ini adalah selari dengan matlamat untuk memperkasakan ilmu keselamatan asas kepada masyarakat, khususnya nelayan, pelaut, dan komuniti maritim. Untuk rekod, HKKM disambut setiap tahun dengan pelbagai program pendidikan dan demonstrasi keselamatan maritim, termasuk simulasi penyelamatan, pameran aset keselamatan, serta penyampaian maklumat tentang penggunaan jaket keselamatan dan peralatan penyelamat. #maritimmalaysia .
Image from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia: ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ...

Comments