
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
June 7, 2025 at 05:50 AM
πππ‘π§ππ₯ππ‘ π£ππππππ‘ | π‘ππ¦ππππ§ ππ’π π¨π‘ππ§π π ππ₯ππ§ππ π§ππ‘ππππ§πππ‘ πππ¦ππππ₯ππ‘ πππ¦ππππ ππ§ππ‘ πππ§πππ ππ πππ¨π§
.
Sumber : Berita RTM Sarawak
Sempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim 2025 peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuching, Sarawak, Maritim Malaysia menyeru seluruh komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan sepanjang berada di laut.
Dalam satu temu bual bersama RTM SARAWAKfm , Ketua Penolong Pengarah Unit Carilamat & Bantuan Bencana, Maritim Negeri Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nur Hafiza Hasan menekankan kepentingan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko insiden di laut.
Sehingga Mei 2025, sebanyak 13 insiden carilamat telah direkodkan di perairan Sarawak. Sepanjang tahun 2024 pula, sebanyak 23 insiden direkodkan melibatkan pelbagai kategori kecemasan di laut.
"Pastikan bot berada dalam keadaan baik dan selamat. Jangan sesekali keluar ke laut dengan bot rosak. Sentiasa simpan nombor telefon kecemasan seperti 999 dan maklumkan kepada ahli keluarga mengenai lokasi serta tempoh berada di laut," ujarnya.
Maritim Malaysia menyeru agar setiap individu yang terlibat dalam aktiviti di laut sentiasa bersedia, berwaspada dan bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang sekeliling.
#maritimmalaysia
.
Baca laporan selengkapnya melalui pautan : https://www.facebook.com/share/p/15nQac9fWG/