Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
May 14, 2025 at 10:09 AM
*RAKYAT IKUT PEMIMPIN* Imam Ibnu Kathir ketika menulis tentang Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik mengatakan “Adalah minat Al-Walid ini dalam pembinaan, maka rakyatnya ketika itu apabila bertemu satu sama lain akan saling bertanya, berapa banyak sudah kamu miliki binaan? Apa yang sedang kamu bina sekarang? Manakala saudaranya Sulaiman bin Abdul Malik pula suka kepada perempuan, maka rakyatnya pula apabila bertemu satu sama lain akan saling bertanya tentang berapa ramai sudah kamu beristeri? Berapa banyak sudah memiliki hamba, dan seumpamanya Pada zaman Umar bin Abdul Aziz pula, khalifah sangat suka ibadat seperti solat, membaca Al-Quran dan lain-lain ibadat. Maka rakyatnya pula apabila bertemu satu sama lain akan saling bertanya tentang ibadat, berapa banyak kamu solat semalam? Berapa banyak kamu membaca Al-Quran setiap hari. Kerana itu lahir kata-kata: “Sesungguhnya manusia itu di atas agama (mengikut) pemimpinnya.” (Al-Bidayah wa an-Nihayah, 165/9) Tarbiah Daily https://whatsapp.com/channel/0029Va18jUO6hENrEdpcmY2u
Image from Tarbiah Daily: *RAKYAT IKUT PEMIMPIN*  Imam Ibnu Kathir ketika menulis tentang Khalif...
❤️ 👍 😂 😢 23

Comments