Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
May 14, 2025 at 05:21 PM
*BELAJAR IKHLAS DARI ANATOMI PERUT LEMBU* Dalam satu halaqah mingguan, kami diskusikan surah al-ikhlas. Satu surah yang sangat istimewa sehingga diulang baca oleh sebahagian sahabat kerana cintanya kepada Allah. Antara fakta menarik yang dikongsi ialah penamaan surah ini iaitu surah al-Ikhlas walaupun tiada perkataan Ikhlas dalam surah ini. Untuk faham ikhlas, kami tadabur penggunaan perkataan ini dalam ayat yang lain; { وَإِنَّ لَكُمۡ فِي ٱلۡأَنۡعَٰمِ لَعِبۡرَةٗۖ نُّسۡقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِۦ مِنۢ بَيۡنِ فَرۡثٖ وَدَمٖ لَّبَنًا خَالِصٗا سَآئِغٗا لِّلشَّٰرِبِينَ } [Surah An-Naḥl: 66] Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih (خالصا) , yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya *** Dalam ayat ini Allah bercerita tentang susu lembu yang sifat خالصا , bersih dan murni yang berkongsi kata akar yang sama dengan ikhlas. Dalam ayat ini, dari segi anatomi perut lembu, susu diproduk dari sumber yang berada antara hampas (najis) dan darah. Namun, susu yang putih itu tetap putih dan bersih, sihat dan selamat untuk diminum. Itulah perumpamaan dan pelajaran yang tepat berkenaan ikhlas. Ikhlas ada bersih Ikhlas adalah murni Ikhlas adalah tidak bercampur Ikhlas adalah tidak terkesan dengan suasana Ikhlas mendatangkan manfaat Ikhlas adalah selamat Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
❤️ 👍 19

Comments