
Tarbiah Daily
May 14, 2025 at 11:16 PM
*Bersihkan Niat Sebelum Keluar Mencari Rezeki*
Allah swt mengisahkan perilaku pengusaha kebun yang berpagian mengutip hasil dengan niat tidak mahu berkongsi kepada si fakir miskin.
{ فَٱنطَلَقُواْ وَهُمۡ يَتَخَٰفَتُونَ }
[Surah Al-Qalam: 23]
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
{ أَن لَّا يَدۡخُلَنَّهَا ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكُم مِّسۡكِينٞ }
[Surah Al-Qalam: 24]
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
***
Padahal pada malamnya Allah telah memusnahkan kebun-kebun mereka tanpa mereka sedar.
Keazaman mereka yang bersungguh-sungguh untuk bersikap tidak baik itu telah diketahui oleh Allah dan dibalas terus.
Allah mengajarkan bahwa rezeki sebenarnya diatur oleh Dia.
Segala perancangan yang tidak serasi dengan kehendak Allah akan didahului dengan rencana Dia yang lebih tersusun.
Pada harta yang kita usahakan adanya hak orang lain mengikut lunas islam.
Ayuh bersihkan niat kita pada pagi ini semoga usaha kita mencari rezeki tidak salah dalam neraca syarak.
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://t.me/tarbiahdaily
❤️
😂
👍
15