
Tarbiah Daily
May 15, 2025 at 12:11 AM
*Syaikh 'Abdullah 'Azzam dan al-Qur’an: Suatu Peringatan yang Menggetarkan Jiwa*
Syaikh 'Abdullah 'Azzam pernah menyentuh satu isu penting yang menjadi perbahasan di kalangan para ulama, iaitu hukum membawa mushaf ke wilayah musuh.
Beliau menjelaskan bahawa terdapat dua pandangan utama dalam perkara ini. Majoriti ulama membenarkannya, dengan syarat mushaf tersebut selamat dan tidak terdedah kepada penghinaan. Namun, mazhab Malikiyyah melarang sepenuhnya membawa mushaf ke wilayah musuh.
Syaikh rahimahullah cenderung kepada pandangan pertama, dan beliau menyokongnya dengan hujah yang mendalam serta penuh ruh keimanan.
Beliau berkata:
"Kami lebih memilih pandangan yang membolehkan membawa mushaf selagi diyakini ia tidak akan dihina.
Mushaf pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang yang dicetak kecil dan mudah disimpan di dalam poket serta dijaga rapi.
Lalu, bagaimana mungkin seorang Muslim mengembara ke negeri orang kafir tanpa membawa bekal terpentingnya iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah?
Pernah aku bertanya kepada seorang pemuda Muslim di medan jihad: ‘Di mana mushafmu?’ Dia menjawab, ‘Aku tinggalkan di Peshawar!’
Jawapan itu benar-benar menggoncang hatiku!
Bagaimana mungkin seorang Muslim sanggup hidup tanpa Kitab Tuhannya di tanah ribath (garis hadapan jihad) selama berbulan-bulan, bahkan mungkin setahun tanpa membawa kekasih hatinya, al-Qur’an yang menjadi penenang, hiburan, dan sumber kekuatannya? Ini sesuatu yang amat pelik dan menyedihkan bagiku.”
(Dipetik dari risalah I’lanul Jihad, Bab: Adab Jihad, Majmu’ 'Azzam, hlm. 3600)
Maka, wahai saudaraku… di manakah mushafmu?
Genggamlah erat Kitab Tuhanmu dan jangan sesekali engkau lalai daripadanya!
Kerana fitnah di zaman kita ini sangat cepat menyeret manusia ke jurang kehancuran.
Berjaga-jagalah… benar-benar berjaga-jagalah!
(✍ Syaikh az-Zubair al-Ghazi)
Kredit Asri Khalid
https://whatsapp.com/channel/0029Va18jUO6hENrEdpcmY2u
❤️
👍
😢
17