
Tarbiah Daily
May 19, 2025 at 07:02 AM
*Kemampuan Diri & Potensi Itu Amanah, Bukan Hiasan*
Dalam sirah, kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW membina para sahabat, bukan dengan motivasi, tetapi dengan keyakinan kepada potensi diri yang digerakkan oleh iman.
Bilal bin Rabah bukanlah individu yang ada status, harta mahupun fizikal yang menarik.
Namun begitu, Rasulullah tidak memandang hal-hal tersebut, beliau hanya melihat pada keimanan dan kelebihan yang terdapat pada diri Bilal.
"Wahai Paman, Demi Allah, kalaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini (penyampaian risalah) sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa, pastilah tidak akan aku meninggalkannya"
Hadis ini mengisahkan ketikamana kaum Quraisy mendatangi Abu Thalib untuk memprotes semua kegiatan dakwah Rasulullah dan bagaimana Abu Thalib menggunakan statusnya dalam kaum Quraisy untuk melindungi Nabi
Allah SWT juga berfirman dalam al-Quran:
"Allah tidak membebani seseorang hamba melainkan sesuai dengan kemampuannya…"
(al-Baqarah: 286)
Kemampuan itu bukan sekadar bakat.
Ia adalah ujian.
Kerana setiap potensi akan ditanya semula oleh Tuhan yang memberinya.
Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman:
“Wahai hambaKu, Aku telah bagi kepadamu nikmat, dan Aku akan bertanya apa yang engkau lakukan dengannya.”
(Riwayat Muslim)
Kita semua sudah biasa dengar "setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing" dan ianya benar.
Kita dapat lihat di sosial media ramai orang share dan post hobi-hobi mereka.
Contohnya, melukis, mereka cipta, public speaking dan banyak lagi.
Namun begitu, adakah bakat-bakat yang mereka tayangkan itu bermanfaat di jalan Allah?
Jangan kita kecilkan diri bila kita rasa kita tak sehebat orang lain.
Dan jangan pula kita bangga diri bila kita rasa lebih menonjol.
Kemampuan adalah ujian, untuk siapa ia digunakan, dan untuk apa ia digunakan.
Sentiasalah bersikap wasatiyyah yakni bersederhana dalam setiap amalan.
Bangkitlah.
Kenali kemampuanmu.
Tapi jangan hanya kenal, gunakan ia di jalan Allah, untuk umat, dan untuk akhirat.
Kerana di hadapan Allah nanti,
Yang ditanya bukan sejauh mana kita berjaya,
Tapi sejauh mana kita guna apa yang telah Dia beri.
Rijal Utara
Tarbiah Daily
https://t.me/tarbiahdaily
❤️
👍
😢
🙏
34