
Tarbiah Daily
May 24, 2025 at 01:32 PM
Semakin ramai anak muda meminati dakwah.
Buktinya pempengaruh islamik dalam kalangan orang muda muncul bak cendawan tumbuh.
Namun minat dan semangat ini jarang sekali disokong dengan thoriq amal dan fiqh dakwah.
Kebanyakan dakwah yang difahami berlegar seputar تواصل الاجتماعي iaitu berhubung dengan masyarakat sekadar untuk menyampai mesej dan kesedaran.
Di sana ada satu lagi aspek penting yang diajarkan oleh ulama dakwah iaitu دعوة فردية dakwah fadiyah yakni dakwah kepada individu dengan melalui beberapa peringkat agar akhirnya individu berkenaan dibina dan dapat disusun untuk menyambung kerja-kerja islah.
Alhamdulillah, hari ini sekumpulan anak muda menekuni topik dakwah fardiah agar usaha dakwah di tempat masing-masing lebih berkesan.
Tarbiah Daily
https://whatsapp.com/channel/0029Va18jUO6hENrEdpcmY2u
❤️
👍
🙏
😢
27