
Tarbiah Daily
June 3, 2025 at 06:18 PM
Mengapakah medan yang kecil terasa luas oleh para daie?
Mad'u yang berdekatan terasa jauh untuk disantuni?
Halaqah yang sekejap terasa lama dan begitu lambat untuk ditamatkan?
Adakah ia pada masalah luas, besar,jauh dan lama pada ukuran fizikal atau ia adalah perasaan berat yang bersarang dalam hati?
Apakah Allah telah menghilangkan kemanisan berdakwah, mentarbiah dan berkorban sehingga sedikit tuntutan terasa begitu berat?
Apakah yang telah masuk ke dalam hati kita semua?
Apakah ada kemanisan lain?
Kerana kemanisan dalam hati sangat penting untuk diteliti.
Kerana ia boleh membawa tubuh manusia merentasi ribuan batu perjalanan walaupun untuk kebatilan.
https://www.sinarharian.com.my/article/731965/berita/semasa/gadis-14-tahun-tunggang-motosikal-dari-kelantan-ke-kulim-jumpa-kekasih-jadi-mangsa-rogol
❤️
😢
😮
👍
20