
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
June 7, 2025 at 10:59 AM
*[ #lensamasjid: SUASANA SOLAT SUNAT AIDILADHA 1446H DI MASJID UiTM SHAH ALAM ]*
7.6.2025 (Sabtu) - Suasana Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam yang dihadiri kira-kira 300 orang jemaah yang terdiri daripada pelajar, staf dan masyarakat awam.
Imam dan khatib bertugas adalah Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aliff Mazuki, Imam Kanan dan Bilal oleh Ustaz Mohd Bakri Aminuddin.
Turut hadir menunaikan solat sunat adiladha adalah Ustaz Abdul Mutalib Jamil, Timbalan Pengarah 2, Bahagian Hal Ehwal Islam BHEI serta barisan ketua-ketua unit Pusat Pengurusan dan Imarah Masjid (PUSPIM)
Masjid turut menyediakan juadah jamuan untuk jemaah yang hadir. Juadah disediakan selepas selesai solat sunat aidiladha.
Masjid mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran jemaah serta setinggi penghargaan buat penyumbang tabung amanah pusat islam TAPI.
Sekian, wassalam.
https://www.facebook.com/share/p/12L5utbrWb7/
👍
1