Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
June 10, 2025 at 10:25 AM
[ #lensabhei: SUASANA MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH UITM 2025 (BAHAGIAN 2) ] 10.6.2025 (Selasa) - Sejumlah 25 ekor lembu dan 40 ekor kambing telah dikorbankan sempena Majlis Ibadah Korban dan Akikah Peringkat UiTM 2025 di Tapak Korban Universiti Teknologi MARA (UiTM). Secara tradisinya sejak beberapa tahun lalu, UiTM sangat komited membuka peluang kepada semua warga untuk menunaikan ibadah korban melalui kaedah potongan gaji. Selain menghayati erti pengorbanan itu sendiri, umat Islam dituntut melakukan ibadah yang dituntut dalam Islam Prof. TPr. Dr Jamalunlail Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Alumni dalam ucapannya berkata, UiTM sangat menggalakkan warganya untuk menyertai ibadah korban dan kita yakin ramai yang berniat dan berhasrat untuk melaksanakannya. Ibadah ini mengajar kita erti pengorbanan dalam mencapai suatu kejayaan. Kejayaan ini disusuli dengan rasa syukur dan tawaduk serta mengharapkan redha Allah semata-mata. Ibadah korban pada tahun ini juga turut melibatkan para sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar dalam proses melapah, memotong, membungkus, mengagih dan memasak daging korban yang dilakukan di Tapak Korban UiTM yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM Shah Alam. Dalam majlis ini juga, lebih 200 orang warga B40 termasuk Pusat Jagaan Anak- Anak Yatim Ulin Nuha telah menerima agihan daging korban pada kali ini. Turut hadir, YBrs. Prof Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor ( Pemerkasaan Adiwangsa), YBrs. Haji Hanafi Haji Hamdani, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, serta beberapa tetamu kehormat yang lain. Sekian, wassalam.

Comments