
MYNEWSHUB
June 2, 2025 at 07:40 AM
🚗 Google Maps bawa masuk sungai?! 😱
Hanya kerana terlalu percaya arahan dari Google Maps, sebuah Perodua Viva terbabas masuk terus ke dalam sungai di Lanang, Tanjung Kunyit, Sibu! 🌊
Difahamkan, pemandu ikut laluan yang ditunjukkan aplikasi tanpa sedar jalan tersebut sebenarnya berakhir di... air! 😳
Mujur semua penumpang sempat keluar sebelum kereta tenggelam sepenuhnya.
Menurut polis, ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku di kawasan itu. Memang ‘laluan maut’ kalau tak hati-hati!
Netizen pula tak lepaskan peluang untuk berseloroh di media sosial:
🗣 “Itu bukan kerana peta, kalau peta tu naik pokok, dia naik jugak?” – Maling Jenuka
🗣 “Ni mesti dia guna Waze, elak sekatan!” – Tiap Rejeh
🗣 “Penglihatan bermasalah kot…” – Juliea L Aran
Moral of the story – jangan serah nyawa bulat-bulat pada GPS, periksa betul-betul arah jalan sebelum terus redah! 📍

😡
1