
MYNEWSHUB
June 3, 2025 at 05:39 PM
LELAKI CUBA RAKAM BAWAH SKIRT DI SUNWAY CARNIVAL MALL – PENGUNJUNG WANITA DINASIHAT BERJAGA-JAGA
SEBERANG JAYA, 3 Jun 2025 – Suasana di pusat beli-belah Sunway Carnival Mall baru-baru ini menjadi kecoh selepas seorang lelaki mencurigakan didakwa cuba merakam bawah skirt beberapa wanita menggunakan telefon bimbit yang dipegang secara terbalik.
Menurut saksi awam dan rakaman tular di media sosial, lelaki tersebut dilihat berulang kali mengikuti wanita yang memakai skirt pendek di kawasan lif, dipercayai dengan niat jahat merakam dari sudut bawah tanpa kebenaran.
Mangsa yang menyedari perbuatan tersebut segera melaporkan kepada pihak keselamatan mall dan polis bantuan yang bertugas.
Namun begitu, tindakan yang diambil didakwa terlalu perlahan, menyebabkan suspek akhirnya berjaya meloloskan diri sebelum sempat ditahan.
Insiden itu menimbulkan kegusaran orang ramai, khususnya dalam kalangan wanita yang sering menjadi sasaran gangguan seksual secara senyap di tempat awam.- MYNEWSHUB
😢
1