MYNEWSHUB
MYNEWSHUB
June 9, 2025 at 12:22 AM
#upsiberduka 15 maut, bas bawa pelajar UPSI terbalik di Jalan Jeli-Grik KUALA LUMPUR: Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli - Grik berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi. Seramai 13 pelajar itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa maut di Hospital Grik. Sumber berkata, bas membawa 42 penumpang itu disewa khas bagi membawa pelajar UPSI dari Terengganu dan Kelantan yang pulang menyambut perayaan Aidiladha kembali ke kampus bagi memulakan pengajian mereka hari ini. Operasi menyelamat membabitkan 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan BBP Jeli selain anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Keadaan bas dilaporkan terbalik, manakala sebuah Perodua Alza terbabas ke dalam parit. Beberapa mangsa tercampak keluar, ada yang berjaya menyelamatkan diri. Sebuah gambar yang dikongsi oleh Bernama menunjukkan keadaan bas yang remuk teruk, menandakan kesan impak yang sangat kuat. Jumlah kecederaan dan kematian dijangka mungkin akan meningkat. - *MYNEWSHUB*
😢 4

Comments