
MYNEWSHUB
June 9, 2025 at 01:51 AM
Nahas Bas Pelajar UPSI: Senarai Nama Mangsa Didakwa Terlibat Tersebar
GERIK, 9 Jun 2025 – Sebuah tragedi menyayat hati dilaporkan berlaku apabila sebuah bas yang membawa puluhan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Kelantan ke Perak terlibat dalam kemalangan maut di kawasan berbukit Gerik lewat malam tadi.
Bas yang dikenal pasti dengan nombor plat PLD 8892 itu dipercayai bertolak dari Jertih, Terengganu pada jam 9.00 malam dari hadapan Masjid Hadhari sebelum menuju ke Tanjung Malim melalui laluan Lebuhraya Timur-Barat (Gerik – Jeli).
Menerusi dokumen yang tersebar dan dipercayai sahih, seramai 44 orang pelajar disenaraikan menaiki bas terbabit. Antara lokasi penurunan pelajar adalah di kawasan kampus UPSI seperti KAB, KUO, KHAR dan Bahtera.
Kesemua pelajar ini didaftarkan melalui satu pautan kumpulan WhatsApp dikendalikan oleh individu bernama Noreen.- MYNEWSHUB
#upsiberduka

😢
😭
😫
10