MYNEWSHUB
MYNEWSHUB
June 12, 2025 at 04:31 AM
Pasukan Taktikal SPRM Serbu Rumah 'Tan Sri' Terlibat Skandal Sukuk Lebuh Raya KUALA LUMPUR, 12 Jun 2025 – Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri di Bandar Tasik Selatan hari ini diserbu oleh Pasukan Taktikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau dikenali sebagai Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS), berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang. Serbuan dilakukan sekitar jam 10.50 pagi tadi melibatkan empat buah kenderaan rasmi SPRM – dua van putih, serta dua buah kereta jenis Nissan Grand Livina dan Honda City. Lebih mencuri tumpuan, pasukan taktikal khas SPRM itu dilihat lengkap bersenjata api ketika memasuki kawasan kediaman mewah tersebut, dipercayai bagi tujuan keselamatan dan kawalan ketika menjalankan tugas. Pihak media dihalang oleh polis bantuan dari menghampiri kediaman Tan Sri berkenaan. Sumber SPRM memaklumkan operasi itu sebahagian daripada fasa lanjutan siasatan berprofil tinggi berkaitan salah guna dana sukuk bernilai ratusan juta ringgit yang sepatutnya diperuntukkan untuk projek infrastruktur lebuh raya di Lembah Klang. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh SPRM berhubung tangkapan atau rampasan dalam serbuan tersebut. Mynewshub sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa dan akan mengemaskini perkembangan dari semasa ke semasa. - MYNEWSHUB #mynewshub
Image from MYNEWSHUB: Pasukan Taktikal SPRM Serbu Rumah 'Tan Sri' Terlibat Skandal Sukuk Leb...
😂 🔥 🦸‍♂ 4

Comments