Jabatan Agama Islam Selangor Official
Jabatan Agama Islam Selangor Official
May 14, 2025 at 09:23 AM
๐Š๐„๐’๐”๐’๐‘๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐๐„๐“๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐†๐€๐‡ ๐’๐„๐‹๐€๐Š๐” ๐“๐”๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡, ๐’๐‘๐€๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ— ๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‹ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐”๐‘๐”๐‡๐€๐ SHAH ALAM, 9 - 11 Mei 2025 โ€“ Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor (KESUSRAI) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang apabila SRAI Seksyen 19 diumumkan sebagai juara keseluruhan edisi kali ini manakala SRAI Dato' Mufti Yusof Sahabuddin Seksyen 7 di tempat kedua dan SRAI Tengku Ampuan Fatimah di tempat ketiga. Bertempat di daerah Petaling, kejohanan yang berlangsung meriah ini berjaya menghimpunkan seramai 1,188 orang murid, 330 orang guru pengiring, 130 orang ajk pelaksana dan 74 sukarelawan dari seluruh negeri Selangor. Sepanjang kejohanan, peserta telah memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan sihat bagi merebut johan keseluruhan. Lebih istimewa, edisi kali ini turut menyaksikan penyertaan dari Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI, (SIRAJ) Abdullah Ibnu Mas'ud, Putrajaya, sebagai jemputan khas bagi menyerikan lagi suasana kejohanan dan memperkukuh hubungan kerjasama antara negeri dalam penganjuran sukan yang berprestij ini. Sebanyak sepuluh acara sukan telah dipertandingkan, termasuk acara baharu yang diperkenalkan tahun ini iaitu tenpin boling, yang mendapat sambutan hangat dan penuh keterujaan daripada peserta serta penonton. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, yang turut menyampaikan trofi kemenangan kepada para pemenang. Dalam ucapannya, YB Dr. Mohammad Fahmi menekankan pentingnya penganjuran program seperti KESUSRAI dalam membentuk sahsiah, kepimpinan dan disiplin diri dalam kalangan murid, selari dengan aspirasi pendidikan Islam yang holistik. KESUSRAI 2025 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah platform penting dalam menyatukan sekolah-sekolah rendah agama integrasi seluruh negeri dalam mengukuhkan ukhuwah dan membentuk insan cemerlang di masa hadapan. #jabatanagamaislamselangor #islamicsaviourobedience #bahagianpendidikanislamjais #kitaselangor #kesusrai2025 https://www.facebook.com/share/p/1Ds3k3KfFn/ https://www.instagram.com/p/DJoNFJ9BVSu/?igsh=am1uajhpNmN5c3Rp
Image from Jabatan Agama Islam Selangor Official: ๐Š๐„๐’๐”๐’๐‘๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐๐„๐“๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐†๐€๐‡ ๐’๐„๐‹๐€๐Š๐” ๐“๐”๐€...
๐Ÿ‘ โค๏ธ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ™ 60

Comments