
Jabatan Agama Islam Selangor Official
May 15, 2025 at 10:13 AM
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐
KLANG, 8 Mei 2025 โ Kursus Tauliah Penyembelih Korban telah berlangsung di Dewan Al Ghazali, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang.
Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Unit Halal PAID Klang & PAID Petaling bertujuan untuk memastikan penyembelih memahami hukum-hukum berkaitan penyembelihan dalam Islam dan mendedahkan teknik sembelihan yang betul bagi menjamin kualiti daging dan tahap keselamatan makanan yang selamat untuk dimakan.
Antara pengisian kursus adalah perkongsian slot "Korban Dari Segi Hukum Syarak dan Adab-Adabnya" yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, Timbalan Mufti Selangor diikuti dengan slot "Sembelihan Dari Perspektif Sains" yang disampaikan oleh Dr. Nurul Ayuni binti Azmi, Pegawai Veterinar, Unit Pemeriksaan Daging, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Terima kasih diucapkan kepada para penceramah serta pihak urus setia bagi menjayakan kursus ini. Turut dihargai kehadiran peserta yang telah memberi komitmen yang baik sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga para peserta dapat mengambil manfaat ilmu daripada kursus ini.
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangor
#bahagianpengurusanhalaljais
#paidklang #paidpetaling
https://www.facebook.com/share/p/1BkDPp7Gwi/
https://www.instagram.com/p/DJq5-wJv_hU/?igsh=anFzcnlhbmZ1bGVu

โค๏ธ
๐
๐ฎ
๐
๐
๐ข
47