
Jabatan Agama Islam Selangor Official
May 19, 2025 at 08:10 AM
πππππππ πππππππ πππππ ππππππππ ππππ πππππππ ππππ ππππ ππππ
KUALA KUBU BHARU, 16 Mei 2025 β Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor (PAID HS) telah melaksanakan program "Jalinan Kasih Sentuhan Jiwa" bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2025.
Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para guru, pihak PAID HS telah menyerahkan simbolik sebiji kek dan sekeping kad ucapan kepada 20 buah sekolah di Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor. Penyampaian ini melambangkan kasih sayang, penghormatan dan penghargaan terhadap usaha berterusan para pendidik dalam membentuk generasi masa hadapan.
Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Selangor, Tuan Mohd Khairi bin Md Zainal, program ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah antara institusi agama dan warga pendidikan serta mengiktiraf peranan guru dalam membentuk sahsiah dan nilai murni pelajar.
"Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi turut menjadi pembina jiwa dan akhlak anak-anak kita. Penghargaan ini adalah satu simbol kecil atas jasa besar mereka," ujar beliau.
Program ini mendapat sambutan positif daripada warga sekolah yang menerima kunjungan, dan para guru yang terlibat menzahirkan rasa terharu serta berterima kasih atas keprihatinan dan penghargaan yang diberikan.
PAID HS berharap agar usaha seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu bentuk dakwah bil hal serta sokongan moral kepada barisan pendidik di negeri ini.
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangor
#paidhuluselangor
#hariguru2025
https://www.facebook.com/share/167jebBp1q/
https://www.instagram.com/p/DJ0_ItXPXa8/?igsh=MWx5M3ZmOTQwNmRmdA==

π
β€οΈ
π
π
π’
20