Jabatan Agama Islam Selangor Official
Jabatan Agama Islam Selangor Official
May 24, 2025 at 12:10 AM
πŠπ”π‘π’π”π’ π“π€π”π‹πˆπ€π‡ ππ„ππ˜π„πŒππ„π‹πˆπ‡ πŠπŽπ‘ππ€π π’πˆπ‘πˆ πŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓, πŠπ”π€π‹π€ 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 & 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 HULU LANGAT, 19 Mei 2025 – Kursus Tauliah Penyembelih Korban telah berlangsung di Dewan Saidina Abu Bakar As Siddiq, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL). Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (BPH JAIS) dengan kerjasama Unit Halal PAID Hulu Langat, Kuala Langat & Sepang bertujuan untuk memastikan penyembelih memahami hukum-hukum berkaitan penyembelihan dalam Islam dan mendedahkan teknik sembelihan yang betul bagi menjamin kualiti daging dan tahap keselamatan makanan yang selamat untuk dimakan. Kursus ini bermula dengan slot pertama "Korban Dari Segi Hukum Syarak dan Adab-Adabnya" yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairiamri bin Ahmad, Penolong Mufti Kanan - Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Selangor diikuti dengan slot "Sembelihan Dari Perspektif Sains" yang disampaikan oleh Dr. Nurul Ayuni binti Azmi, Pegawai Veterinar, Unit Pemeriksaan Daging, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia Terima kasih diucapkan kepada para penceramah serta pihak urus setia bagi menjayakan kursus ini. Turut dihargai kehadiran peserta yang telah memberi komitmen yang baik sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga para peserta dapat mengambil manfaat ilmu daripada kursus ini. #jabatanagamaislamselangor #islamicsaviourobedience #kitaselangor #bahagianpengurusanhalaljais #paidhululangat #paidsepang #paidkualalangat https://www.facebook.com/share/1EQ1JSebMe/
Image from Jabatan Agama Islam Selangor Official: πŠπ”π‘π’π”π’ π“π€π”π‹πˆπ€π‡ ππ„ππ˜π„πŒππ„π‹πˆπ‡ πŠπŽπ‘ππ€π π’πˆπ‘...
πŸ‘ ❀️ πŸ˜‚ πŸ™ 19

Comments