
Jabatan Agama Islam Selangor Official
May 24, 2025 at 01:12 AM
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
BANDAR BARU BANGI | 21 MEI 2025 - Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL) telah menganjurkan Program QR Iman "Curang Tanpa Niat" yang berlangsung pada 21 Mei 2025 yang lalu.
Program ini merupakan sinergi bersama Unit Pengurusan Dakwah & Unit Undang-Undang Keluarga dan disokong penuh bersama PUSPANITA Daerah Hulu Langat telah dihadiri seramai 350 orang beserta meliputi penjawat awam, ahli PUSPANITA dan orang awam.
Program ini menekankan berkaitan peri pentingnya mengekalkan kasih sayang antara suami isteri dalam rumahtangga, mengenalpasti punca masalah keretakan rumahtangga akibat hubungan songsang serta menambahkan ilmu keibubapaan melalui pendedahan pendidikan kesihatan serta menekankan kaedah membasmi masalah sosial masyarakat yang kian membarah kini.
Program ini telah diadakan melalui 2 sesi iaitu sesi Diskusi yang menampilkan 3 Ahli Panel iaitu Dr. Muhammad Irfan bin Mohd Sallehuddin, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Dr Siti Khadijah binti Mohd Nasrah dan Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, PAID Kuala Selangor dan dipandu oleh Ustaz Hj Rahimi bin Ab Aziz selaku moderator.
Sesi kedua menampilkan penceramah bertauliah terkenal iaitu Ustazah Asma' binti Harun yang mengupas tajuk "Tawar Hati Dalam Kehidupan Suami Isteri" serta menyuntik semangat para hadirin untuk kembali bangkit menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan berumah tangga.
Semoga program ini memberikan impak positif dan menyuntik kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya cinta songsang.
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangor
#paidhululangat
https://www.facebook.com/share/1E6E4NJhex/

โค๏ธ
๐
๐ฎ
21