||• ❞ العُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ ❝ •||
||• ❞ العُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ ❝ •||
June 4, 2025 at 01:02 AM
❓SOAL JAWAB BERSAMA ASY-SYAIKH AL FADHIL ABU 'AAMIR AL HAKAMI HAFIDZAHULLAH. 📌 “Perbezaan Penentuan Tarikh 'Idiladha dan Amalan Puasa serta Solat Hari Raya Mengikut Rukyah Berbeza” ⚪: عندي سؤال: في بلدنا، عيد الأضحى يوافق يوم السبت. فمتى يكون يوم عرفة، ومتى يكون صوم عرفة؟ في بداية شهر ذي الحجة، لم تُعلِن الحكومة عندنا هل رؤي الهلال أم لا. لكنهم قالوا إن العيد سيكون يوم السبت. وهم يعتمدون على طريقة "إمكانية الرؤية" بناءً على ارتفاع الهلال بالدرجات، ويُحدِّدون دخول الشهور بناءً على التقويم. أما في البلد المجاور، فقد ثبتت رؤية الهلال، وعيدهم يوم الجمعة، إن شاء الله.?? ⚫: إذا كان في هذا البلد لم ير الهلال فإنهم يكملون العدة وعلى المواطنين أن يتابعوا بلادهم بما انها دولة مسلمة، أما إذا رؤي الهلال في نفس البلدة والدولة لم تعتبر بذلك فلايتابعون بلدهم " إنما الطاعة بالمعروف" ويحسب الناس شهرهم منذ رؤيتهم للهلال. ولايصومون يوم عرفة بتوقيت بلادهم لأنه يوم عيد لاسيما وقد رؤي الهلال في اول الشهر. وأما العيد فإنهم لايقيمون صلاة العيد جماعة فيظهرون الخلاف بل يصلون في بيوتهم ثم يخرجون يصلون مع الناس من الغد. والله اعلم ⚪SOALAN : Di negara kami, Hari Raya ('Idiladha) jatuh pada hari Sabtu. Jadi, bilakah Hari Arafah, dan bilakah puasa Arafah? Pada awal bulan Zulhijjah, kerajaan kami tidak mengumumkan sama ada anak bulan telah kelihatan atau tidak. Tetapi mereka mengatakan bahawa raya hari Sabtu. Mereka menggunakan kaedah "Imkanu arru'yah" berdasarkan ketinggian bulan dalam darjah, dan mereka menentukan permulaan bulan berdasarkan kalendar . Adapun di negara jiran, anak bulan telah disahkan kelihatan, dan raya mereka pada hari Jumaat, insyaAllah. --- ⚫ JAWAPAN : Jika anak bulan tidak kelihatan di negara tersebut, maka mereka menyempurnakan bilangan hari bulan sebelumnya (30 hari), Dan rakyat hendaklah mengikuti negara mereka kerana ia adalah sebuah negara islam. Adapun jika anak bulan telah dilihat di kawasan yang sama tetapi pemerintah tidak mengambil kira rukyah tersebut, maka rakyat tidak perlu mengikuti negara mereka. Kerana ketaatan itu hanya pada perkara yang makruf. Dan orang-orang mengira bulan mereka bermula dari hari mereka melihat anak bulan. Mereka tidak boleh berpuasa pada hari Arafah mengikut tarikh negara mereka kerana hari itu adalah hari raya, lebih-lebih lagi apabila anak bulan telah dilihat pada awal bulan. (Puasa Arafah tidak sah jika ia jatuh pada hari 'Idiladha, kerana itu adalah hari yang diharamkan untuk berpuasa) Adapun hari raya, mereka tidak mengadakan solat raya secara berjemaah supaya tidak menzahirkan perbezaan, tetapi mereka solat di rumah masing-masing, kemudian keesokan harinya mereka keluar dan solat bersama orang ramai. Wallahu a‘lam. Sumber : https://whatsapp.com/channel/0029VazLb8oJ3juxOLqQAK2e/464 ╭┈✿────❀────✿────❀────✿ ╰┈➢ ⇣⇣🅙🅞🅘🅝 🅒🅗🅐🅝🅝🅔🅛⇣⇣ ❐ -Telegram ↓↓↓↓↓↓↓↓ 【 https://t.me/Ulama_pewaris_Para_Nabi 】 ❐ -WhatsApp ↓↓↓↓↓↓↓↓ 【 https://whatsapp.com/channel/0029VaoZgqKFXUuRR7aXX93T 】 🗓 | SELASA 7 ZULHIJJAH 1446 Hijriyah - 3/6/2025 Masehi ┈┉━━━━━━━•◎•◉•◎•━━━━━━━━┈

Comments