||• ❞ العُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ ❝ •||
||• ❞ العُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ ❝ •||
June 12, 2025 at 01:55 AM
Berkata sahabatnya yang telah pergi, Khalid al-Kindi – semoga Allah merahmatinya: Pada suatu hari, aku sedang duduk bersama Salah – semoga Allah merahmatinya dan mengampuninya  – tiba-tiba dia mengejutkanku dengan tangisan yang datang secara tiba-tiba. Aku diam, aku tidak mahu mengganggu esakan hatinya. Aku menyangka mungkin dia sedang teringat orang-orang tersayang yang telah pergi, atau hari-hari yang telah berlalu. Maka aku biarkan dia menangis, mudah-mudahan dia menemui ketenangan dalam air matanya. Namun tangisannya makin kuat, dan suaranya semakin tinggi. Hingga membuatku cemas, lalu aku bertanya kepadanya: “Apa yang terjadi padamu, wahai Shalah?” Lalu dia menjawabku dengan suara yang teresak-esak: Aku memasuki (ruang mesej) salah seorang ikhwah yang mahir dalam membuat video-video dakwah. dan aku berharap agar dia mengajarku beberapa perkara berkaitan seni reka itu. Maka aku berkata kepadanya – melalui mesej – : “Bersamamu Shalah al-‘Adani, Admin Channel Usud as-Sunnah. Aku berharap kamu boleh hantarkan kepadaku nama-nama masyaikh yang dihias (dalam bentuk grafik), dan ajarkan kepadaku sedikit daripada kepakaranmu. Lalu sampailah kepadaku satu jawapan yang dingin dan keras: “Engkau ini orang yang tidak dikenali! Kami tidak tahu siapa engkau, apa latar belakangmu, dan engkau bukan penuntut ilmu di mana-mana markiz pun! Tiada seorang pun dari kalangan masyaikh yang mengenalimu.” Hari itu aku keluar dalam keadaan hancur, melangkah dengan jiwa yang seolah-olah benang-benang hatiku tercabut dari antara tulang rusukku, dan air mataku mendahului langkahku. Aku mengangkat kedua tanganku ke langit dan menangis seperti belum pernah aku menangis sebelumnya, lalu aku berkata: “Wahai Rabb… aku ini tidak dikenali di bumi ini, tetapi Engkaulah yang Maha Mengetahui tentang diriku. Wahai Rabb… jika aku tersembunyi daripada makhluk-Mu, namun aku tidak tersembunyi daripada-Mu. Engkau tahu bahawa aku mencintai-Mu, aku mencintai para masyaikhku, aku mencintai sunnah dan ahlinya. Namun jalan-jalan tertutup buatku, dan tidak ditakdirkan aku menuntut ilmu di markiz-markiz. Maka jadilah Engkau pendampingku, wahai Rabbku, berilah aku taufiq, pimpinlah tanganku, sesungguhnya aku tidak mengharapkan selain wajah-Mu semata-mata.” “Dan dia berdoa dengan kata-kata yang meremangkan bulu roma, melembutkan batu-batu yang keras, dan hampir-hampir mencabut hati dari tempatnya kerana begitu mendalam dan menusuk.” 📎 Al-Qatr an-Nadiy fi Qissat Salah al-‘Adani wa Khalid al-Kindi karangan Syaikh Faishal al-Haashidi. https://t.me/Ulama_pewaris_Para_Nabi

Comments