TalentCorp Women Programmes
TalentCorp Women Programmes
June 12, 2025 at 07:01 AM
💬 *Tinjauan Ringkas: Suara Wanita Johor Diperlukan!* Bagi Menjayakan Jelajah Kembali Bekerja _(Career Comeback Programme - CCP)_ di Zon Anda *Isi di =>* https://bit.ly/ccpsurvey-jelajah *Terima kasih Johor! 🌸* Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, serta pihak penganjur, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Johor atas kesudian menerima kehadiran Wanita MyWIRA, TalentCorp ke *Sambutan Hari Wanita Negeri Johor 2025 pagi tadi.* Sokongan dan sambutan yang diberikan amat kami hargai dan benar-benar menyuntik semangat untuk kami meneruskan misi memperkasakan wanita di Johor. ✨ 📝 *Kini, kami perlukan pandangan anda!* Bantu kami memahami keperluan sebenar wanita di setiap zon Johor dengan mengisi borang tinjauan ringkas ini. Maklum balas anda amat penting untuk membolehkan kami: 🔹 Merancang program yang lebih menyeluruh dan relevan 🔹 Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan 🔹 Membawa Jelajah Wanita MyWIRA - Program Kembali Bekerja (CCP) terus ke komuniti anda 💡 Setiap suara anda mampu membawa perubahan bermakna. Jom bantu kami membentuk inisiatif yang benar-benar memberi impak kepada wanita Johor. Untuk maklumat lanjut tentang CCP, layari https://www.talentcorp.com.my/ccp/
❤️ 1

Comments