Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya
May 29, 2025 at 08:59 AM
PSIKOLOGI DALAM MENGENALI TAHAP KESIHATAN MENTAL DIRI - ‘TAK NAMPAK TAPI ADA’ PERBADANAN PUTRAJAYA, 29 Mei 2025 - PPj hari ini menganjurkan program Bual Bicara bertajuk “Psikologi Dalam Mengenali Tahap Kesihatan Mental Diri - Tak Nampak Tapi Ada” bertempat di Dewan Seri Melati, Kompleks PPj. Objektif penganjuran adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga PPj terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental, khususnya dalam persekitaran kerja. Bual Bicara disampaikan oleh Puan Masyitah binti Minhad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program turut dihadiri oleh YBrs. Puan Rafidah binti Mohamad Sahat, Pengarah Sumber Manusia, PPj. Antara pengisian lain yang disediakan adalah perkhidmatan saringan kesihatan yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Klinik Dr. Najwa. #mentalhealth #kesihatan #perbadananputrajaya #ppj Facebook PPj : https://www.facebook.com/share/1G85mVfsHW/?mibextid=wwXIfr Instagram PPj : https://www.instagram.com/p/DKO0Mv4x4ca/?igsh=ZjI1Z3hna3lmeTRt
👍 1

Comments