Info Politik UMNO PG
Info Politik UMNO PG
May 17, 2025 at 02:08 PM
๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐“๐ˆ๐“๐€๐‡ ๐ƒ๐˜๐€๐Œ ๐“๐”๐๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐ˆ๐‹, ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ UMNO Johor merafak sembah dan menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor di atas perkenan merasmikan Pembukaan Penggal Keempat, Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 16 Mei 2025. Titah Baginda mencerminkan kasih sayang Keluarga Diraja terhadap rakyat serta memberi pedoman penting kepada seluruh kepimpinan agar menjadikan Dewan Undangan Negeri sebagai medan memperjuangkan kepentingan rakyat, bukan dijadikan medan pertelagahan politik. UMNO Johor menyambut baik penegasan DYAM Tunku Mahkota berhubung empat keutamaan utama Johor: 1. Pelaburan strategik seperti JS-SEZ (RM27 bilion setakat S1 2025), 2. Pendidikan inklusif dan pembangunan sosial, 3. Perumahan mampu milik dan infrastruktur rakyat, 4. Kualiti kesihatan menyeluruh. UMNO Johor juga merakamkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor, Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi atas komitmen untuk menjayakan titah Baginda dengan penuh integriti dan semangat Bangsa Johor. UMNO Johor beriltizam untuk terus menjunjung titah, menyokong dasar Kerajaan Negeri dan mengutamakan kepentingan rakyat serta kestabilan negeri. Sekian, menjunjung kasih. ๐“๐”๐€๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐Œ๐ƒ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐๐ˆ๐ ๐€๐๐ƒ๐”๐‹๐‹๐€๐‡ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐Ÿ“ฒ Pautan Sumber : https://www.facebook.com/share/p/1EXrAbmcPF/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฒ Ikuti berita-berita selanjutnya dalam *Whatsapp Channel ->* https://whatsapp.com/channel/0029VajkOL089iniooCy7m3u โ•”โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•— โ StayForTheNextInfo โ Lษชแด‹แด‡๏ผฃแดแดแดแด‡ษดแด›Sสœแด€ส€แด‡ โ•šโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•๐Ÿ‘๏ธโ€๐Ÿ—จ๏ธ

Comments