
Info Politik UMNO PG
May 28, 2025 at 01:24 AM
Syukur Alhamdulillah, semasa Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang ke-15, saya berkesempatan menjawab soalan Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor berhubung kesiapsiagaan Negeri Johor sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, Johor sememangnya dianugerahkan dengan pelbagai khazanah alam semula jadi dan destinasi pelancongan yang berpotensi tinggi. Daripada keindahan pantai berpasir putih dan air laut yang jernih, hinggalah ke hutan tropika yang subur, semua ini merupakan anugerah yang perlu dipelihara dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Namun, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menerima dengan hati terbuka segala maklum balas serta pandangan rakyat, terutamanya melalui media sosial, mengenai situasi dan kualiti produk pelancongan di Johor yang masih belum mencapai tahap memuaskan. Kritikan ini dijadikan sebagai pemangkin untuk memperbaiki dan memperkukuh sektor pelancongan negeri.
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah merangka dua strategi utama bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026:
1. Menaik taraf infrastruktur pelancongan sedia ada, termasuk kemudahan awam, aksesibiliti, dan pemuliharaan tapak warisan.
2. Melaksanakan promosi secara agresif terhadap produk pelancongan yang telah dinaik taraf, melalui kempen pemasaran digital, penganjuran acara bertaraf antarabangsa, dan kerjasama dengan agensi pelancongan domestik serta antarabangsa.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengkorporatkan Tourism Johor dengan menubuhkan Majestic Johor Tourism (MJT) Sdn. Bhd. sebagai agensi pelaksana utama. MJT ini akan menggunapakai struktur korporat bagi melantik golongan profesional dalam sektor pelancongan bagi memasarkan Johor di pentas global melalui strategi digital, kolaborasi industri dan penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
Semoga segala perancangan bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2026 dengan sasaran 12 juta pelancong dapat direalisasikan. Insya-Allah, usaha ini akan menjadikan sektor pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan menyeluruh, demi kemakmuran Johor dan kesejahteraan rakyatnya.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
📲 Pautan Sumber : https://www.facebook.com/share/v/16T4tL47Tv/
📲 Ikuti berita-berita selanjutnya dalam *Whatsapp Channel ->* https://whatsapp.com/channel/0029VajkOL089iniooCy7m3u
╔═══════════════╗
❏ StayForTheNextInfo
❏ LɪᴋᴇCᴏᴍᴍᴇɴᴛSʜᴀʀᴇ
╚══════════════👁️🗨️
👍
1