
Info Sibu
May 15, 2025 at 12:42 PM
Lelaki Ditangkap Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah Di Sibu
SIBU: Seorang lelaki ditahan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit MPV Sibu ketika rondaan di Kampung Bahgia Teku, hasil maklumat orang awam.
Polis telah menjalankan pemeriksaan dan berjaya menahan suspek yang disyaki menyimpan barang curi hasil kegiatan pecah rumah. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan lanjut. Pihak polis merakamkan penghargaan atas kerjasama orang awam dalam membantu membanteras jenayah.
Photo PDRM SIBU
https://www.facebook.com/share/p/19wQ3qFKct/
👍
😮
😂
🖕
❤️
💃
💩
😅
😢
🤦♀️
40