
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
June 12, 2025 at 01:55 AM
𝐓a𝐡u𝐤a𝐡 𝐀n𝐝a!
.
Aktiviti di laut, sama ada untuk memancing, menyelam, atau pelayaran rekreasi, memerlukan persiapan rapi — bukan sekadar cuaca cerah atau enjin berfungsi. 🔧🌤️
Antara peralatan keselamatan yang WAJIB dibawa setiap kali ke laut termasuklah :
1️⃣ Personal Locator Beacon – hantar lokasi kecemasan terus ke pasukan penyelamat.
2️⃣ Lampu suluh – untuk penglihatan jelas waktu malam.
3️⃣ Jaket keselamatan – MESTI dipakai setiap masa di atas bot/kapal.
4️⃣ Pelampung (Life Buoy) – bantu selamatkan mangsa yang terjatuh ke laut.
5️⃣ Kompas – bantu navigasi jika sistem elektronik gagal.
6️⃣ Alat pemadam api – cegah kebakaran kecil daripada jadi tragedi.
7️⃣ First Aid Kit – rawat kecederaan ringan dengan segera.
8️⃣ Suar kecemasan – isyarat visual penting ketika kecemasan.
9️⃣ Radio komunikasi – saluran penting hubungi bantuan atau kapal lain.
✅Ingat, keselamatan bukan pilihan, ia adalah keutamaan.
#maritimmalaysia
.

❤️
1