Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
June 13, 2025 at 08:42 AM
𝗠𝗔π—₯π—œπ—§π—œπ—  π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” 𝗣𝗔𝗑𝗧𝗔𝗨 π—₯π—”π—£π—œ π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔 π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯ π— π—”π—¦π—¨π—ž π—£π—”π—§π—œ π—šπ—¨π—‘π—” π— π—˜π——π—œπ—” π—¦π—’π—¦π—œπ—”π—Ÿ . 𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝟭𝟯 π—π˜‚π—» – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memandang serius terhadap aktiviti pengiklanan perkhidmatan membawa masuk dan keluar warga asing, termasuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang semakin berleluasa di pelbagai platform media sosial. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, perbuatan sindiket serta individu tidak bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah dengan menggunakan laluan laut yang tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini, disifatkan bukan sahaja melanggar undang-undang negara malah mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. #maritimmalaysia . Baca laporan lengkap melalui pautan : https://www.facebook.com/share/p/1BmNrkBNa6/

Comments