Kementerian Komunikasi

Kementerian Komunikasi

494.2K subscribers

Verified Channel
Kementerian Komunikasi
Kementerian Komunikasi
May 21, 2025 at 03:15 PM
Alhamdulillah, persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berjalan lancar. Pusat Media Antarabangsa (IMC) di KLCC kini bersedia menerima lebih 1,700 petugas media tempatan dan antarabangsa. Capaian internet stabil dan laju, hasil usaha MCMC menyediakan beberapa kemudahan termasuk tiga unit “5G in a box” bersaiz besar dan 26 unit bersaiz kecil yang dipasang di beberapa lokasi sepanjang persidangan. Setakat ini, saya mendapati kelajuan internet amat baik, dengan sesetengah lokasi mencatatkan 300 hingga 600 Mbps, manakala hampir 1 Gbps di pusat media. Ini bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kemudahan terbaik untuk liputan Sidang Kemuncak ASEAN yang turut merangkumi dua mesyuarat peringkat tinggi iaitu ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China. Untuk maklumat tepat dan sahih, rujuk kepada sumber berita rasmi bagi mengelakkan penyebaran info palsu. BERNAMA merupakan media rasmi dan penyelaras IMC bagi sidang kali ini, manakala RTM adalah penyiar rasmi. Kita terus bersedia menjelang 26-27 Mei 2025. #asean2025 FB: https://www.facebook.com/share/p/19t2icaFdp/ IG: https://www.instagram.com/p/DJ61WUpBbA7/ X: https://x.com/fahmi_fadzil/status/1925200239868485831
👍 ❤️ 😂 😢 🙏 67

Comments