𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇𝐖𝐈𝐓𝐇𝐅𝐈𝐐𝐐 🇲🇾🇵🇸
                                
                            
                            
                    
                                
                                
                                June 12, 2025 at 12:22 PM
                               
                            
                        
                            اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ🌷
dalam dunia ni jangan terlalu rasa diri terlalu baik dari orang lain .
sebaik baik diri kau , akan ada yang lebih baik dari tu .
seburuk buruk diri kau , jangan lupa untuk ubah diri kau jadi lebih baik .
saya lebih respect dengan orang yang nampak jahat , tapi sebenarnya dia baik .
berbanding orang yang nampak baik , tapi sebenarnya dia jahat .
buli orang , mengumpat , iri hati , berzina .
macam yang Qawiy Aro cakap .
Allah dia tengok akhir kita , bukan tengok awal kita .
sebab contoh laa ek . Awak buat dosa , banyak sangat buat dosa awalnya tu . tapi waktu akhir awak sempat bertaubat .. dan awak menyesal dengan perbuatan awak tu . lepastu meninggal .
Dan ada jugak yang diawalnya sangat baik , mengaji setiap hari , solat tak tinggal , zikir sentiasa dibibir . tapi akhirnya dia masuk neraka . sebab apa ? sebab amalan yang dia buat tu tak ikhlas . dan dalam kebaikan dia tu ada kejahatan . maksudnya .. waktu zikir , terselit mengumpat . 
waktu solat , terselit main main dalam solat .
Mengaji setiap hari , terselit riak dalam diri .
see . so don't judge book by its cover .
ada lagi satu cerita , ada satu doctor mayat ni ..
dia ada kawan , yang sama jugak macam dia . kerja doctor mayat . tapi mayat yang dia kene uruskan kebanyakkan sebab mati gantung ( mati yang dalam penjara tu ) . 
dia ada jumpa salah satu mayat yang bau dia sangat sangat wangi . sangat wangi .
siap senyum lagi .
padahal dia banduan , dia banyak buat kes yang tak baik . 
ada staf penjara dalam tu yang bagitau .. waktu si jenazah dah tau yang dia akan dikenekan hukuman gantung .. dia banyak kali bertaubat , dia puasa . dia sentiasa solat taubat . setiap hari puasa , setiap hari solat taubat dan tidak pernah tinggal solat 5 waktu .
dan waktu hari yang dia kene gantung tu .. rupanya dia tengah puasa awaknya ..
dia mati dalam keadaan yang berpuasa . dan sebelum kematian dia tu , dia ada buat solat taubat .. lama .
tapi waktu kematian dia , dia mati dalam keadaan yang tersenyum dan jenazah dia wangi .
MasyaAllah , itu lah yang kita nak . Mati dalam keadaan seperti itu .
walaupun pada awalnya dia tidak baik , tapi akhirnya Alhamdulillah baik .
Muhasabah diri 🤍🤲🏻 semoga kematian seperti ini yang bertemu dengan kita 🤲🏻
Allahumma Aamiin 🤲🏻
~ ukhtyfiya 🌷
@𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇𝐖𝐈𝐓𝐇𝐅𝐈𝐐𝐐 🇲🇾🇵🇸
                        
                    
                    
                    
                    
                    
                                    
                                        
                                            ❤️
                                        
                                    
                                        
                                            🤍
                                        
                                    
                                        
                                            👍
                                        
                                    
                                        
                                            😢
                                        
                                    
                                        
                                            ❤
                                        
                                    
                                        
                                            🇮🇩
                                        
                                    
                                        
                                            🌻
                                        
                                    
                                        
                                            🎀
                                        
                                    
                                        
                                            💚
                                        
                                    
                                        
                                            🤲
                                        
                                    
                                    
                                        50