
MYNEWSHUB
June 13, 2025 at 06:19 AM
Tragedi Air India: Wajah-Wajah Ceria Sebelum Tugasan Terakhir
MYNEWSHUB – Sebuah video menyayat hati tular di media sosial hari ini, memaparkan wajah-wajah ceria krew pesawat Air India sebelum mereka memulakan penerbangan mereka – yang berakhir dengan tragedi.
Kesemua krew termasuk juruterbang, pramugari dan kakitangan teknikal dilaporkan terkorban apabila pesawat AI171 terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad menuju ke Gatwick, UK.
Video yang dikongsikan memaparkan senyuman dan semangat para krew yang tidak menyangka itu adalah misi terakhir mereka.
Rakyat India dan komuniti penerbangan antarabangsa turut berkabung atas kehilangan ini.
Salam takziah kepada keluarga semua mangsa.
Mereka pergi dengan tugas yang belum selesai, namun dengan penuh dedikasi. - MYNEWSHUB
#mynewshub
😂
🥱
3