Gerakan Pengundi Sedar
Gerakan Pengundi Sedar
June 4, 2025 at 05:03 AM
Pada awal tahun ini, satu dokumen rasmi bertajuk “Advisory Paper to the Chair of ASEAN 2025” telah diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga memegang jawatan Pengerusi ASEAN. Di sebalik nama "ASEAN Peoples", dokumen ini membawa pelbagai tuntutan yang jika tidak ditapis, bakal merombak struktur asas negara termasuk kedudukan Islam, hak keistimewaan Melayu, dan identiti perlembagaan kita. Kalau nak tahu kandungan dokumen ni boleh tengok dalam hantaran GPS sebelum ini. Dokumen ini diselaras oleh Pusat KOMAS yang merupakan sekretariat utama bagi gerakan ASEAN Peoples @ASEAN2025. Lebih dari itu, rekod lepas menunjukkan Pusat KOMAS pernah aktif mempromosi ICERD yang ditolak oleh rakyat Malaysia secara besar-besaran. Mereka juga menerima dana daripada NED. Kini, Pusat KOMAS mengetuai rangkaian 226 CSO dari pelbagai negara (termasuk beberapa NGO Islam) untuk melobi dasar ASEAN yang lebih liberal dan secara langsung bertentangan dengan nilai kenegaraan dan syariat. GPS memandang serius perkara ini. Kami menyeru: 1. Semua NGO Islam yang terlibat untuk segera menarik diri daripada jaringan ini. 2. Kerajaan Malaysia agar menolak keseluruhan dokumen dan menghentikan kerjasama dengan mana-mana entiti yang mencabar Perlembagaan. 3. Rakyat Malaysia agar cakna, sebarkan maklumat ini, dan tidak terpedaya dengan slogan “hak asasi” yang menjadi topeng agenda luar. Kongsikan hantaran ini supaya semua rakyat Malaysia sedar! . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar #gerakanpengundisedar
👍 1

Comments