
Gerakan Pengundi Sedar
June 9, 2025 at 06:43 AM
Pihak negeri Perak harus meneliti semula siapa yang dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak setelah Tan Sri Mohd Annuar Zaini juga dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat 7-Eleven.
Rakyat Malaysia tahu 7-Eleven menjual minuman memabukkan dan juga rokok. Minuman memabukkan bertentangan dengan syariat. Bagaimana orang yang sama diharapkan untuk menjaga agama?
Pelantikan mana-mana individu ke jawatan tertinggi dalam institusi agama Islam negeri khususnya yang mengurus hal ehwal zakat, wakaf, masjid dan syariah mestilah terdiri daripada tokoh yang bebas daripada sebarang kepentingan politik dan tidak terlibat langsung dengan industri yang bercanggah dengan hukum syarak, termasuklah perniagaan yang berkait dengan minuman memabukkan atau unsur maksiat.
Kredibiliti institusi agama bergantung kepada integriti pemimpinnya. Bila yang diamanahkan menjaga agama terlibat secara langsung dengan entiti yang mempromosi perkara haram, maka bukan sekadar imej agama tercemar, malah kepercayaan umat turut terhakis.
.
.
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar
#gerakanpengundisedar

👍
😢
2