
Gerakan Pengundi Sedar
June 10, 2025 at 07:56 AM
Isu ini bukan baharu. Sudah berulang kali nyawa rakyat Malaysia terkorban akibat kecuaian pemandu dan pengendali yang tidak berintegriti, serta kelemahan sistem penguatkuasaan yang lemah dan bertangguh.
Rakyat kini menuntut tindakan konkrit daripada Menteri Pengangkutan, termasuk:
1. Penguatkuasaan segera Speed Limiter untuk semua kenderaan berat.
2. Penyenaraian awam syarikat pengangkutan berisiko tinggi dan rekod kemalangan mereka.
3. Audit menyeluruh dan berkala terhadap bas dan lori secara telus dan terbuka.
4. Penubuhan badan bebas pemantau industri pengangkutan awam dan logistik.
Anthony Loke perlu buktikan kewibawaannya dalam menyelesaikan masalah ini. Menyatakan kesedihan sahaja tidak cukup kerana menteri ada kuasa untuk lakukan sesuatu.
.
.
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar
#gerakanpengundisedar
