
Gerakan Pengundi Sedar
June 12, 2025 at 04:58 AM
2023: RM30 juta tambahan diumumkan
2024: RM 30 juta diluluskan
2025: RM55 juta diperuntukkan
Dari tahun 2023 berkisahkan dana umum dan lulus sajakah?
Macam ni saja ke tahap Jabatan Penerangan Malaysia beri penerangan?
Persoalan kat sini dah ada dana tapi kenapa sampai sekarang kerja naik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) masih belum selesai?
Jabatan Penerangan tak payah nak buat pening rakyat. Menteri sendiri sebut dalam sidang media semalam (11 Jun 2025), “RM55 juta akan digunakan pada tahun ini tapi belum mula sebab perlukan 'Pavement Condition Assessment' PCA dengan dana RM1 juta.”
Jabatan Penerangan sepatutnya bagaimana dana yang diumum itu bergerak untuk laksanakan kerja baik pulih jalan.
Menteri kata kerja dah mula tapi di mana? Bila? Berapa % siap? Rakyat nampak jalan makin bahaya, bukan makin selamat.
Kalau kerja betul-betul sudah dimulakan, sila terangkan laporan pelaksanaan dan kawasan yang telah dibina semula. Itu barulah penerangan.
.
.
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar
#gerakanpengundisedar