
RELA Negeri Terengganu
May 29, 2025 at 03:58 AM
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐.๐ญ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Khamis, 29 Mei 2025 - Pengarah RELA Negeri Terengganu, PPjKR Noraliza binti Majid telah mempengerusikan Mesyuarat Gerak Kerja Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani RELA Bil.1/2025 pada jam 09.30 pagi tadi di Pejabat RELA Negeri Terengganu, Wisma Persekutuan.
Kehadiran melibatkan semua pegawai dan kakitangan Pejabat RELA Negeri Terengganu, Pejabat RELA Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat RELA Daerah Hulu Terengganu. Tujuan mesyuarat diadakan bagi merangka perjalanan majlis perasmian Kampung Angkat Madani yang dijangka diadakan pada akhir bulan Jun nanti dan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.
Lokasi Kampung Buluh, Hulu Terengganu telah dipilih oleh RELA Malaysia sebagai Kampung Angkat Madani dengan pelaksanaan beberapa buah projek (fizikal) termasuk penyelenggaraan saliran dan jalan, membaikpulih kemudahan awam dan sebagainya.
#setiaberbakti
#relamalaysia
#relaterengganu
#malaysiamadani
#relasiapsiaga
#relajiwamalaysia
#keselamatantanggungjawabbersama
#kdn_togetherweareone
#taatsetia
#ihsanmadani
๐Jangan lupa ikuti kami di media sosial RELA Negeri Terengganu :
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ โก๏ธ https://www.facebook.com/share/p/1C3eJtD1cs/
๐๐ป๐๐๐ฎ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ โก๏ธ https://www.instagram.com/p/DKOR_bRvBIM/?igsh=MXF5Y2xsdWVneWhrag==
๐ง๐๐ถ๐๐๐ฒ๐ฟ โก๏ธ https://x.com/relaterengganu/status/1927937028391629200?t=U_9pXsucNF0KvbMsy53zig&s=19
Dapatkan info-info menarik RELA Negeri Terengganu : https://whatsapp.com/channel/0029VaK43396BIEjSvQrMW05
-----๐ด๐ญ๐จ๐ณ ๐ฌ๐ค๐ฃ๐จ๐ ๐ญ๐ค๐ฆ๐ค๐ฑ๐จ ๐ณ๐ค๐ฑ๐ค๐ญ๐ฆ๐ฆ๐ ๐ญ๐ด-----
โค๏ธ
1