
RELA Negeri Terengganu
June 3, 2025 at 03:55 AM
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐จ๐ง ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ช๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐ง๐๐ ๐จ๐ฅ ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐ฃ๐ฅ๐ก) ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ
Selasa, 03 Jun 2025 - Hari ini Pengarah RELA Negeri Terengganu, Ys. PPjKR Noraliza binti Majid telah menerima kunjung hormat daripada pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur bertempat di Pejabat RELA Negeri Terengganu, Wisma Persekutuan pada jam 10.30 pagi.
Tujuan kunjung hormat tersebut adalah bagi membincangkan beberapa perkara yang membabitkan penugasan anggota RELA di Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur, selain dapat membuka episod baru ke arah kerjasama yang lebih utuh sebagai rakan strategik pada masa-masa akan datang.
Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia. Di antara fungsi jabatan ini adalah mengawal selia perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran, pemberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran, dan pembangunan ekonomi maritim.
Pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur yang diwakili oleh ;
- Encik Mohamad Halizam Bin Samsuri, Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur
- Puan Nurul Atteeya Binti Mazlan, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur
- Puan Nor Rahayu Binti Rashid, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur
Manakala Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Terengganu diwakili oleh ;
- PgKR Muhammad bin Muslim, Pegawai Operasi dan Kemasyarakatan
- PgKR Fara Norumilhida binti Ahmad Rosdi, Pegawai RELA Daerah Kuala Terengganu
- PgR Mohamad Nur Azrin bin Mohd Nor, Pegawai Latihan dan Keanggotaan
#setiaberbakti
#relamalaysia
#relaterengganu
#malaysiamadani
#relasiapsiaga
#relajiwamalaysia
#keselamatantanggungjawabbersama
#kdn_togetherweareone
#taatsetia
#ihsanmadani
๐Jangan lupa ikuti kami di media sosial RELA Negeri Terengganu :
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ โก๏ธ https://www.facebook.com/share/p/15cn2ATqZR/
๐๐ป๐๐๐ฎ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ โก๏ธ https://www.instagram.com/p/DKbJatWPjvB/?igsh=MTBrc2kxMWZndGQ2dg==
๐ง๐๐ถ๐๐๐ฒ๐ฟ โก๏ธ https://x.com/relaterengganu/status/1929747906896318487?t=N0DwTtFY4AkyGtnmS0f5tA&s=19
Dapatkan info-info menarik RELA Negeri Terengganu : https://whatsapp.com/channel/0029VaK43396BIEjSvQrMW05
-----๐ด๐ญ๐จ๐ณ ๐ฌ๐ค๐ฃ๐จ๐ ๐ญ๐ค๐ฆ๐ค๐ฑ๐จ ๐ณ๐ค๐ฑ๐ค๐ญ๐ฆ๐ฆ๐ ๐ญ๐ด-----
โค๏ธ
1