
RELA Negeri Terengganu
June 13, 2025 at 03:44 PM
๐๐๐ง๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ
Jumaat, 13 Jun 2025 - Selamat datang diucapkan kepada Ketua Pengarah RELA Malaysia, YBhg. KPjR Lokman Effendi Ramli bersama-sama delegasi yang baru tiba petang tadi bagi lawatan kerja di Negeri Terengganu.
Turut hadir mengiringi ;
1) YBrs. TKPjR Ghazali bin Mamat@Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA Malaysia
2) YBrs. TKPjR Mahather bin Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA Malaysia
3) PgR Fairuz bin Yusof, Pegawai Pengiring Ketua Pengarah RELA Malaysia
4) PjR Md Shah Rizal bin Zainal, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan RELA Malaysia
5) PPjKR Muhamad Aimran Hakim bin Abdul Alim, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan RELA Malaysia
6) Encik Fadzil bin Che Fauzi, Penolong Jurutera RELA Malaysia
Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah RELA Negeri Terengganu, PPjKR Noraliza binti Majid bersama pegawai-pegawai RELA Daerah Kuala Terengganu. YBhg. Ketua Pengarah akan memulakan lawatan pada hari esok, Sabtu - 14 Jun 2025 ke sekitar daerah Hulu Terengganu.
Tujuan kehadiran YBhg. Ketua Pengarah bersama delegasi adalah bagi meninjau dan membuat lawatan ke Kampung Buluh, Hulu Terengganu yang telah diangkat menjadi Kampung Angkat MADANI melalui projek-projek pembinaan / penyelenggaraan yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini.
Selain itu, Tuan KP juga akan meninjau ke dua buah sekolah iaitu SK Kemat dan SK Tengku Ampuan Intan yang turut dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI. Dan yang terakhir, Tuan KP akan membuat kunjungan ke tapak projek di Pusat Latihan RELA Wilayah Timur (PLRWT), Hulu Terengganu sebelum berangkat ke Negeri Kelantan.
#setiaberbakti
#relamalaysia
#relaterengganu
#malaysiamadani
#relasiapsiaga
#relajiwamalaysia
#keselamatantanggungjawabbersama
#kdn_togetherweareone
#taatsetia
#ihsanmadani
๐Jangan lupa ikuti kami di media sosial RELA Negeri Terengganu :
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ โก๏ธ https://www.facebook.com/share/p/1L9EaAhicP/
๐๐ป๐๐๐ฎ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ โก๏ธ https://www.instagram.com/p/DK2KiR0Pj5J/?igsh=MWN4M2JxYnJ1cWI3cw==
๐ง๐๐ถ๐๐๐ฒ๐ฟ โก๏ธ https://x.com/relaterengganu/status/1933550202184741234?t=pD5zNCJ0WfgwAeGHYdIqKA&s=19
Dapatkan info-info menarik RELA Negeri Terengganu : https://whatsapp.com/channel/0029VaK43396BIEjSvQrMW05
-----๐ด๐ญ๐จ๐ณ ๐ฌ๐ค๐ฃ๐จ๐ ๐ญ๐ค๐ฆ๐ค๐ฑ๐จ ๐ณ๐ค๐ฑ๐ค๐ญ๐ฆ๐ฆ๐ ๐ญ๐ด-----
๐ซก
1