
RELA Negeri Terengganu
June 14, 2025 at 04:04 PM
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐, ๐๐จ๐๐จ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ
Sabtu, 14 Jun 2025 - Hari ini lawatan Ketua Pengarah RELA Malaysia, YBhg. KPjR Lokman Effendi Ramli bersama para pegawai RELA menuju ke Kampung Buluh, Hulu Terengganu bagi melihat sendiri lokasi Kampung Angkat MADANI dan dua buah sekolah yang dijadikan sebagai Sekolah Angkat MADANI.
Lokasi 1 - YBhg. Ketua Pengarah meninjau lokasi Kampung Angkat MADANI melalui pelaksanaan projek-projek pembinaan / penyelenggaraan di sekitar Kampung Buluh seperti penyelenggaraan longkang, pemasangan lampu limpah, menaiktaraf fasiliti sukan, pembinaan wakaf komuniti dan kerja-kerja penyelenggaraan mengelakkan hakisan tanah.
Lokasi 2 - YBhg. Ketua Pengarah berkunjung ke SK Tengku Ampuan Intan yang dipilih menjadi salah satu daripada Sekolah Angkat MADANI. Beliau bersama pegawai mendengar taklimat projek dan meninjau lokasi projek tersebut yang bakal dijalankan.
Lokasi 3 - Seterusnya, Tuan KP melawat ke SK Kemat yang juga menjadi pilihan dijadikan Sekolah Angkat MADANI melalui taklimat dan lawatan ke tapak projek yang dicadangkan.
Lokasi 4 - Lawatan seterusnya diteruskan ke Pusat Latihan RELA Wilayah Timur (PLRWT), Hulu Terengganu. Tuan Ketua Pengarah telah menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan perbarisan anggota sebelum menuju ke tapak projek yang sedang dijalankan di PLRWT.
Lokasi 5 - Manakala lawatan terakhir berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Komandan PLRWT, PPjR Nur Ainun Syakirah binti Ismail berkenaan dengan hal-hal pengurusan dan operasi di PLRWT.
Kunjungan hari ini dianggap sangat bersejarah kerana YBhg. KPjR Lokman Effendi Ramli kembali semula ke kampung halaman yang suatu ketika menjadi lokasi tempat mandi dan bermain. Beliau juga bertemu kembali dengan guru dan sahabat-sahabat lama sewaktu bersekolah di SK Tengku Ampuan Intan. Kunjungan ini bukanlah dianggap lawatan biasa, tetapi ia juga mengembalikan semula nostalgia lampau akan sejarah Tuan KP yang pernah tinggal dan bersekolah di sini.
#setiaberbakti
#relamalaysia
#relaterengganu
#malaysiamadani
#relasiapsiaga
#relajiwamalaysia
#keselamatantanggungjawabbersama
#kdn_togetherweareone
#taatsetia
#ihsanmadani
๐Jangan lupa ikuti kami di media sosial RELA Negeri Terengganu :
๐๐ฎ๐ฐ๐ฒ๐ฏ๐ผ๐ผ๐ธ โก๏ธ https://www.facebook.com/share/p/16Hbunhew9/
๐๐ป๐๐๐ฎ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ โก๏ธ https://www.instagram.com/p/DK4xdyhPNKz/?igsh=MWs1NW0wcmlwdWM2MQ==
๐ง๐๐ถ๐๐๐ฒ๐ฟ โก๏ธ https://x.com/relaterengganu/status/1933917288593539263?t=2ZIXJlAptlfubWNk9_RQNw&s=19
Dapatkan info-info menarik RELA Negeri Terengganu : https://whatsapp.com/channel/0029VaK43396BIEjSvQrMW05
-----๐ด๐ญ๐จ๐ณ ๐ฌ๐ค๐ฃ๐จ๐ ๐ญ๐ค๐ฆ๐ค๐ฑ๐จ ๐ณ๐ค๐ฑ๐ค๐ญ๐ฆ๐ฆ๐ ๐ญ๐ด-----
โค๏ธ
1