Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
June 14, 2025 at 07:13 AM
YBrs. Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hadir mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Wakil Persatuan Perniagaan Antarabangsa bertempat di Ibu Pejabat SME Corp. Malaysia pada 13 Jun 2025. Sesi ini merupakan inisiatif yang dicetuskan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP bagi mendapatkan pandangan dan input berkenaan impak ketegangan geopolitik serta tarif perdagangan Amerika Syarikat terhadap perniagaan tempatan khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). KUSKOP menyedari bahawa PMKS di Malaysia memainkan peranan penting dalam ekonomi negara yang mewakili hampir 97% daripada jumlah keseluruhan perniagaan dan menyumbang 39.1% kepada KDNK serta menyediakan lebih 7.8 juta peluang pekerjaan. Seiring cabaran global yang semakin kompleks, KUSKOP terus memperkukuh daya tahan PKS melalui strategi pemerkasaan seperti pembiayaan bersasar, pemerkasaan kapasiti serta sokongan akses pasaran antarabangsa. Kerjasama strategik bersama Persatuan Perniagaan Antarabangsa dilihat sebagai kunci utama dalam mendepani cabaran semasa serta membina masa depan lebih mampan dan berdaya saing untuk PKS Malaysia di peringkat global. Hadir sama YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia dan Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia. #kuskop #taatsetia #wemakeithappen #madanibekerja #dkn2030 #malaysiamadani Facebook https://www.facebook.com/share/p/1BxjdWW1GC/?mibextid=wwXIfr Instagram https://www.instagram.com/p/DK30yqPJ_o0/?igsh=MWhhNmd0NDh5OXg5NQ== TikTok https://vt.tiktok.com/ZSkQ822Ga/ X https://x.com/kuskopmalaysia/status/1933784241701364020?s=46 Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029Vac5H1ODZ4Lfp0IqIA12/393

Comments