
Info Politik UMNO PG
June 14, 2025 at 04:57 AM
πππππππππ πππ πππππππππ πππππ
πππππππ πππππππππ ππππππππππ ππππ ππππππππ, ππππππ ππππ ππππππππ, ππππππππππ ππππππ ππππ ππππππππ, πππ ππππππππππ ππππππ ππππ ππππππππ ππππ
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Waβ Taβala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk menggalas amanah besar menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tahun 2025, yang akan berlangsung mulai 9 Jun hingga 27 Julai ini.
Kita baru sahaja menamatkan Persidangan Cawangan di seluruh negara. Di Johor sahaja, terdapat 2,197 cawangan UMNO dan hampir semuanya berjaya melaksanakan persidangan dengan cemerlang. Syabas dan tahniah diucapkan! Ini bukan sekadar angka, ini adalah bukti bahawa akar umbi UMNO Johor masih utuh dan setia. Di negeri kelahiran UMNO ini, denyut perjuangan tidak pernah padam.
UMNO telah melalui pelbagai cabaran. Rebah, diuji, difitnah, bahkan pernah hampir ditolak sejarah. Namun, UMNO bangkit semula. Bukan kerana nama, tetapi kerana amanah perjuangan ini terlalu besar untuk kita abaikan. UMNO bukan milik satu generasi, UMNO milik
seluruh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia yang mengimpikan masa depan yang lebih baik. Maka tanggungjawab kita kini bukan sekadar mempertahan legasi tetapi membina semula keyakinan dan menyemarakkan semangat kebangkitan.
Saya menyeru kepada seluruh ahli UMNO Johor, inilah masa untuk kita bangkit. Mesyuarat ini mesti menjadi titik tolak pembaharuan. Gunakan medan ini untuk merapatkan saf, menyusun kekuatan dan memperkuatkan keyakinan rakyat bahawa UMNO masih utuh sebagai pelindung masa depan mereka.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh perwakilan, kepimpinan dan jentera UMNO Johor yang terus berkhidmat tanpa mengenal jemu. Kalianlah tulang belakang dan nadi parti keramat ini. Tanpa kekuatan dan keikhlasan kalian, UMNO Johor tidak akan berdiri seteguh hari ini.
Mesyuarat ini bukan sekadar agenda organisasi. Ia adalah medan penyusunan strategi untuk memperkukuh gerak kerja, menyalakan semangat baharu, dan memperkasa naratif kejayaan Kerajaan Negeri Johor di bawah panji UMNO. Agenda βMaju Johorβ bukan sekadar dasar pentadbiran, ia adalah cerminan prinsip dan perjuangan UMNO Johor. Ia mesti difahami, disebar luas, dan diperjuangkan hingga ke akar umbi.
UMNO Johor bukan hanya sebuah parti politik. Ia adalah wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air. Tanggungjawab ini amat besar, tetapi kita mampu memikulnya jika kita kekal bersatu dan istiqamah dalam perjuangan. Insya-Allah, UMNO Johor akan terus menjadi tiang seri kestabilan negeri dan negara, membela rakyat, memperjuangkan keadilan sosial dan menjadi pemangkin perpaduan nasional.
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Selamat Bersidang!
π² Pautan Sumber :
*https://www.facebook.com/share/1AeLoa5HyS/?mibextid=wwXIfr*
π² Ikuti berita-berita selanjutnya dalam *Whatsapp Channel ->* https://whatsapp.com/channel/0029VajkOL089iniooCy7m3u
βββββββββββββββββ
β StayForTheNextInfo
β LΙͺα΄α΄οΌ£α΄α΄α΄α΄Ι΄α΄SΚα΄Κα΄
βββββββββββββββποΈβπ¨οΈ
> *INFO POLITIK UMNO PG*
